Halal Japan – Naritaya Ramen Shop

Salah satu tempat halal yang kitorang pi waktu travel dekat Tokyo adalah di Naritaya Ramen Shop.

Ramen dia sedap tapi harga dia mahal sikit. Mungkin mahal bagi kitorang, but average untuk orang lain. Harga dia dalam 1000 yen ++ and kita boleh order set cuma tambah dalam 200 or 300 yen. Set dia kita boleh pilih either nak ayam goreng or dumplings. Kitorang semua pilih ayam goreng, so tak boleh nak comment pasal dumplings dia.

Selain ramen, ada jual makanan lain gak, macam nasi. Tapi takde pulak gambar menu nak tunjuk.

DSC_1442

Ni Spicy Miso Ramen (large) and ayam goreng dia. Spicy dia tu takde la pedas sangat kalau nak banding dengan masakan Malaysia. Ayam goreng dia pulak berempah, so agak sedap la jugak.

DSC_1444

Ni pulak normal Miso Ramen dia, size regular. Tapi sebenarnya size regular dah cukup kenyang sebab portion dia agak banyak. Cuma waktu tu kitorang dah lapar sangat (ni first proper meal of the day and kitorang makan ni waktu dinner).

Yang bawah ni pulak Miso Ramen (large)

DSC_1445Dekat kedai ni ada jugak sediakan surau sekali dengan tempat ambil air wudhu’. So boleh plan masa supaya bila datang sini dapat solat sekali. Tak payah susah-susah nak cari tempat solat dah. Surau dia cuma muat untuk seorang je sekali masuk. Kena tunggu giliran. Tapi still, no complains.

How to get there

Nak datang sini, kitorang pun initially pakai Google Maps (basically sepanjang trip ke Tokyo memang akan guna Google Maps haha).

Korang kena turun dekat Asakusa Station. Lepas dah turun Asakusa Station tu, korang kena menghala ke Asakusa Senso-ji Temple. Tak sure Exit apa dekat Station tu, sorry bruh.

Anyway, lepas dah keluar station tu jalan menghala Asakusa Senso-ji Temple yang ada tanglung merah besar tu. And then korang akan lalu Petaling Street Asakusa macam kat bawah ni. But harga barang dia agak mahal, ada kedai lain lagi murah.

DSC_1407

Lepas tu, korang straight je sampai nampak temple dia.

DSC_1416

Dah nampak benda ni, korang akan nampak jalan menghala ke kiri.

So straight je jalan ke kiri tu then korang akan nampak deretan kedai semi-indoors.

DSC_1434

So kedai tu akan ada dekat belah kanan korang.

DSC_1436*Tada*

Untuk siapa yang nak Google Maps untuk direction, boleh guna address ni:

Naritaya Halal Ramen Shop

Address: Japan, 〒111-0032 Tokyo, Taito, Asakusa, 2 Chome−2−7−13
Hours: 10am – 10pm
Phone: +81 3-4285-9806
Okay, tu ja untuk kita punya first halal-certified makan-makan. Yang lain akan menyusul. Haha.
Advertisements